Monday, February 8, 2010

Di manakah Bidadari ku??(IluvIslam.com)




“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”



Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu”

Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.

P:S/Ini apa yg saya dapat di ILuvIslam.com..Ia membuat sy tertanya..ada ke wanita yg tiada ke6 6 sifat..Jika ada,layak ke dengan diri yang konfirm sangat2x x layak dapat wanita yg sempurna ini..Renung-renungkanlah diri kita ini...Assalamualaikum..

Monday, February 1, 2010

Solat Subuh,Fajar berbeza hanya segi bahasa.

Soalan:Apakah perbezaan solat Fajar dan solat Subuh.Bilakah waktu sebenar solat Dhuha dan bilakah tamat waktu Dhuha.Adakah wujud apa yang disebut sebagai qada dalam sembahyang bagi mereka yang sengaja meninggalkan solat.Apakah ia termasuk dalam dosa besar.Apakah mereka perlu qada atau bertaubat.Harap mendapat penjelasan.

Jawapan:Sebahagian ulama berpendapat perbezaan antara solat Subuh dan Fajar hanyalah dari segi bahasa.Bagi solat sunat sebelum Solat Subuh disebut sebagai solat Fajar dan solat wajib disebut solat Subuh.Ada di sesetengah tempat seperti di Asia Barat,solat Subuh disebut solat 2 rakaat fajar.
Mengenai solat fajar yang disebut dalam hadis daif Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “2 rakaat Fajar adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.”
Adapun solat Dhuha berbeza daripada keduanya sama sekali kerana ditunaikan selepas waktu Subuh selesai ketika matahari di langit mencapai kadar segalah atau kira-kira jam 8.30 pagi hingga kira-kira 15 minit sebelum waktu Zuhur.Jika selepas daripada waktu itu,hukumnya makruh.
Bagi yang tertidur sehingga kesiangan,maka waktu Subuh baginya adalah sehingga selesai solat dengan syarat dia tidak melengahkannya.Walaupun ada yang mengqada ,tidaklah menjadi kesalahan ,tuntutan kewajipan (Taqlif) terlepas dari orang yang tertidur.
Hadis Abi Qatadah daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tidak ada tuntutan kewajipan pada yang tidur dan taklif hanyalah pada mereka yang sedar.Sesiapa yang tertidur atau terlupa menunaikan solat ,maka hendaklah dia solat ketika dia bangun atau teringat daripada lupa.Tidak ada sebarang denda padanya melainkan menunaikan terus solat itu.”
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tunaikanlah sembahyang kerana mengingatiku.”(Surat Taha,ayat 14).
Berdasarkan hadis itu,ulama berpendapat solat yang ditunaikan secara qada hanyalah pada istilah sahaja sedangkan hakikatnya dia sudah menunaikan solat itu.Bagi yang sengaja meninggalkan solat wajiblah qada dan bertaubat kerana dia sudah melakukan dosa besar terhadap Allah SWT.
Banyak hadis Nabi SAW menyatakan ancaman terhadap mereka yang meninggalkan solat antaranya, Sabda Rasul SAW yang bermaksud : “Antara iman dan kufur ialah meninggalkan solat.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Dalam hadis yang sanadnya adalah baik,Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Tiga perkara asas dalam Islam jika ditinggalkan boleh menjadi kafir dan halal darahnya.Pertama ialah kalimah syahadah,keduanya ialah solat fardu dan ketiganya ialah puasa Ramadan.”

Tuesday, January 26, 2010

Ceritera:Pemimpin Yang sebenar

Seorang wartawan diberi peluang makan malam bersama dengan 2 orang calon perdana menteri,secara berasingan.Dia diminta untuk menilai siapakah yang lebih layak menjadi perdana menteri(PM) di antara 2 calon itu.

Pada hari pertama,wartawan tersebut pun makan bersama calon PM yang pertama.Mereka berbual pelbagai topik dan isu.Perbualan itu sungguh hebat,berlangsung lebih 2 jam,penuh rencak dan menarik.Seusainya,beliau ditanya: "Bagaimana dengan makan malam bersama calon pertama PM itu?"

Tanpa teragak-agak beliau menjawab:"Saya mendapat banyak input yang bermanfaat.Tidak syak lagi dialah manusia paling bijak dan berkemampuan."

Esoknya,giliran makan malam bersama calon PM yang kedua pula.Mereka juga berbual pelbagai topik dan isu.Perbualan itu sungguh mesra.Ia juga berlangsung lebih 2 jam.Sebaik keluar dari majlis tersebut,dia ditanya:"Bagaimana dengan makan malam bersama calon PM kedua ini?"

Tanpa berfikir panjang dia menjawab:"Sepanjang bersamanya saya merasakan bahawa sayalah orang paling bijak dan paling berkemampuan!"

"Jadi,siapa saudara rasakan paling layak utk menjadi perdana menteri kita??"

"Calon kedua"

"Rasanya saudara mengatakan bahawa calon pertama lebih bijak??"

"Bukan itu kreteria utama menjadi seorang pemimpin,"kata wartawan itu.
"Kalau bukan itu,habis apa?"
"Seorang pemimpin mesti mampu membuat orang di bawahannya rasa bijak.Bukannya hanya membuat pengikutnya kagum dengan kebijaksanaannya!"

Pengajaran:Pemimpin mesti sentiasa berfikir demi kemaslahatan pengikutnya.Bukan berfikir untuk kepentingannya dirinya.Kebijaksanaan sahaja tidak cukup utk memimpin dengan baik.Sikap amanah dan prihatin kerap kali mengatasi kebijaksanaan dalam menawan hati pengikut.

Thursday, January 21, 2010

~Nasihat utk bakal pemimpin~

Segala puji bagi Allah SWT,Tuhan Yang Maha Pengasih,Maha Perkasa dan Maha Mengatur segala kejadian di langit dan di bumi...Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW penunjuk jalan kebenaran..

Assalamualaikum w.b.t..Utk post kali ini,aku nk wat satu article berkenaan pemimpin ni..alang-alang bahang pilihanraya da makin dekat..aku nk gak menghangatkan suasana....Ada beberapa sahabat aku sudah mengesahkan akan bertanding utk menjadi peneraju pemimpin di UMP ini..Semoga berjaya ye kawan-kawan..

Jadi,sebagai kawan aku ada beberapa nasihat yang ingin diberikan..Anda adalah bakal pemimpin yang akan memegang tanggungjawab yang besar...Menjadi Khalifah..Tanggungjawab adalah sesuatu yang hatta gunung yang besar pun mengelak sewaktu Allah ingin memberi tanggungjawab memerintah bumi kepada mereka..

Nasihat pertama ialah hendaklah berhati-hati ketika bercakap .Terutama berjanji,aku yakin di hari anda membentangkan manifesto anda pasti akan melakukan sesuatu perubahan..perkara typical di hari pengundian..tetapi,pastikan apa yang anda janji kepada kami tertunai..Jika tidak,di hari pembalasan akan dituntut dan disoalkan tentang janji anda itu..

Nasihat kedua..Anda mesti berpandangan jauh ..lebih jauh dari apa yang kami fikir..anda mesti membawa kami maju bukan setapak,mungkin klu boleh 5 tapak ke hadapan..

Nasihat ketiga... Mesti tanamkan dalam minda..Jawatan bukan satu kebanggaan,ia adalah amanah ..janganlah apabila dipilih,menjadi sombong..manusia apabila sudah selesa dan mendapatkan apa yang dia mahukan ia akan melupakan orang-orang yang pernah berjasa kepada mereka.

Nasihat keempat.. Antara yang terpenting sekali ialah Sentiasa mendampingi kami,sebab anda adalah suara kami,jika anda asik dgn orang atasan je,anda tidak dapat tahu masalah kami ..Jika itu berlaku,pada siapa kami mahu bersuara...

Nasihat terakhir ialah Jangan sesekali melupakan Allah.Tuhan sekalian alam..Jika ada masalah,byk2x berdoa.. ..InsyaAllah segala masalah akan dpt diatasi..

Akhir sekali,semoga bertanding secara sihat dan jika menang jgn lupa ucapkan Alhamdullilah,jika tidak menang jangan risau..Setiap yang berlaku ada hikmahnya...
entry akan datang ialah berkenaan seorang pemimpin yang sebenar..see ya all k..have a nice day...

Assalamualaikum w.b.t

Tuesday, January 19, 2010

Tanda Taubat diterima

Assalamualaikum w.b.t..segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..
Kali ini saya ingin bercerita ttg taubat...apakah tanda2x taubat kita diterima??..

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.


Jadi persoalannya sekarang... Adakah anda sudah bertaubat dengan dosa2x anda yang lalu??.. Mari kita sama-sama muhasabah diri kita.. Assalamualaikum w.b.t..

Friday, January 15, 2010

Rahsia tarikh lahirku...

Assalamualaikum w.b.t..Alhamdullilah,sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Esa dan Maha Pengasih.. Pada hari ini adalah hari yang paling bertuah bagi aku..Aku diberi kesempatan untuk hidup selama 21 tahun ini.. Allah masih menyayangi diriku yang penuh dosa ini.. Diberikan lagi masa utk terus melakukan amal kebaikan dan cuba sedaya upaya utk menjauhi kemungkaran...
Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan saya seperti Alia Husna,along Efa,Era,yien,ros,moeid,acap cop,fatem,mirul dan byk lg kawan2x yg lain..maaf la mana yg x sebut nama 2 hehe..
Di kesempatan ini,aku nk berkongsi rahsia tarikh lahir aku..nama aku Muhammad Syafiq Bin Sabtu..dilahirkan pada 16 januari 1989 bersamaan 8 jamadilakhir 1409..jadi apa rahsia di sebalik tarikh2x ini??..mari kita selidik...JOM!!!

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali setelah dirangsang
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badan sehat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
cukup sayang kepada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segalanya
rajin belajar dan kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi

Tarikh Lahir pada 16
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Wednesday, January 13, 2010

Mari Kita Tamak ILMU!!! :Niat

Alhamdullilah,segala pujian bagi Allah SWT,Tuhan sekalian alam,setelah aku mengalami pelbagai ujian,sekali lagi aku berjaya menulis di ruangan ini..Sesunggunya Allah itu Satu,tiada duanya dan Tuhan Yang Maha esa..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW dan para sahabatnya..

Assalamualaikum w.b.t...Di kesempatan ini, saya yang sedikit ilmu ini ingin berkongsi tentang anda semua ttg niat.. permulaan bg setiap sesuatu tindakan kita..niat baik walaupun tidak terlaksa, kita(manusia)ttp akan mendapat pahala dan niat buruk tetapi tidak terlaksa tidak akan menerima dosa..Begitu Maha Penyayang Allah kepada kita..

Itu bukan menjadi topic utama pada hari ini..saya ingin menyebarkan ilmu bahawa niat bukan sesuatu yang penting utk diucapkan sahaja....Apa pendapat ulama berkenaan niat??..sebelum itu apa definisi niat itu sendiri?..

Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan.
Tepat bak kata tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):
“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat.

Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat. Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu.

Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).

Dr Yusuf al-Qaradawi pula menyebut:
Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu mudah, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was” (http//:qaradawi.net).

Maka niat atau hasratlah yang tersirat di sebalik setiap tindakan. Kita diperintahkan untuk mengikhlas niat kerana Allah dalam ibadah. Membetulkan tujuan setiap tindakan. Inilah yang menjadi antara tujuan utama pendidikan Ramadan. Justeru itu Nabi s.a.w menyebut dalam hadis qudsi:
“Semua amalan anak Adam untuknya, melainkan puasa. Ianya untukKu dan hanya Aku yang membalasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Jadi,dgn sedikit input ini..boleh la kiranya disampaikan kepada teman lain @ menjadi peringatan kepada diri kita sendiri..
Assalamualaikum w.b.t...

Template by:
Free Blog Templates